September 23 2025
Pesawah di Malaysia mencapai satu lagi titik pemodenan dalam industri padi dengan mengamalkan Sistem Pengeluaran Clearfield (SPC).Sistem yang dibina bersama antara MARDI dan rakan strategiknya BASF ini hanya perlu dituruti sistem pakej benih padi, racun rumpai dan dan set tindakan yang perlu dipatuhi petani. Menurut Dr Azman Ismail, Pengerusi Lembaga Penengelola MARDI,ianya semudah A,B,C dan mampu diamalkan walaupun oleh petani baru tetapi sawah dijamin bebas dari rumpai padi angin dan potensi hasil mampu mencapai 7mt/hektar.
Sistem Pengeluaran Clearfield (SPC) merupakan sistem pengurusan rumpai yang dibangunkan oleh MARDI - BASF. Sistem ini melibatkan penggunaan racun rumpai Clearfield yang mengandungi bahan aktif Imidazolinone bersama varieti padi Clearfield seperti MR CL3 dan MR CL4. Bahan aktif ini berkesan mengawal padi angin dan padi selain dari varieti MR CL3 & MR CL4 dan jugak rumpai utama yang lain sekiranya digunakan dengan kaedah yang disyorkan.
Keunikan dan Keberkesanan SPC
Sebelum ini, belum ada varieti padi yang tahan terhadap Imidazolinone, menyebabkan racun rumpai tidak bersifat selektif antara padi dan rumpai.
Varieti padi baharu MR CL3 & MR CL4 dibangunkan khas tahan kepada racun rumpai imidazolinone. Racun rumpai di dalam pakej SPC ini hanya selamat digunakan bersama varieti MR CL3 & MR CL4 dengan memberi kesan kawalan yang baik terhadap padi angin dan rumpai.
Petani diingatkan untuk mamatuhi panduan penggunaan yang betul untuk mendapatkan kesan yang baik.
Selain itu, varieti MR CL3 & MR CL 4 ini dibangunkan lebih tahan kepada penyakit Karah Daun & Karah Tangkai.
Dengan purata hasil 7 – 7.2 mt/hektar, teknologi ini tentunya dapat membantu lebih ramai petani untuk meningkatkan hasil sekiranya teknologi ini digunakan secara betul dan tepat.
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.