October 08 2024
Oleh: Jamaludin Mat Rashid
Produk sawit sering kali dihalang dari menembusi pasaran yang lebih luas dengan trade barrier oleh blok perdagangan negara-negara seperti Kesatuan Eropah (EU). Ini kononnya bagi melindungi petani-petani mereka yang mengeluarkan hasil pertanian untuk penghasilan minyak sayuran seperti jagung, soya, bunga matahari, canola dan lain-lain. Minyak sawit menang dalam menguasai syer pasaran berdasarkan faktor harga yang jauh lebih murah dan ia versertail dalam pemprosesan makanan. Sebagai tanaman perenial iklim tropika yang produktif sepanjang tahun, sawit sangat cekap dari segi kos (cost effective) dan mempunyai crop cycle yang sangat panjang sehingga 25 tahun.
Namun begitu, sebagai pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia selepas Indonesia, Malaysia masih lagi perlu membuat kempen pemasaran sama ada mengekal pasaran sedia ada mahupun membuka pasaran baru. Kempen anti minyak sawit yang masih kekal di kalangan negara-negara EU menggunakan isu alam sekitar pula bagi mengehadkan penggunaan minyat sawit dalam pengeluran produk pengguna. Berbekalkan Pensijilan Malaysian Sustainable Palam Oil (MSPO), Malaysia cuba menyakinkan rakan dagang yang terhubung sekian lama seperti China dan India dan cuba meluaskan pasaran ke negara-negara Islam di Timur Tengah dan Benua Afrika melalui Mesir dan Turki. Isu pencerobohan Israel terhadap Palestin telah membuka 2 blok dunia dan menguntungkan perdagangan luar Malaysia apabila negara-negara Islam yang bersolidariti mula menyokong perdagangan sesama sendiri.
Kementerian Perladangan dan Komoditi di bawah menteri yang baru begitu agresif dalam berkempen untuk pemasaran dan berjuang habis-habisan dalam isu kelapa sawit di luar negara. Menteri juga sering berkunjung ke pusat-pusat penyelidikan sawit bagi menggalakan penyelidik membuat inovasi dan penemuan baru dalam industri sawit baik di peringkat ladang mahupun dalam teknologi makanan. Beberapa persidangan meja bulat telah dianjurkan di India, China dan Mesir bagi terus berhubungan antara pengeluar di Malaysia dan pemain industri minyak sayuran di negara berkenaan dan pembuat-pembuat dasar kerajaan di sana.
India
Industri minyak sawit mencapai satu lagi tahap baharu apabila Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengunjungi pemain-pemain industri minyak sayuran di India, negara pengimport minyak sawit Malaysia terbesar dengan sumbangan sebanyak 13% bagi 2023. Beliau telah menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Meja bulat 3.0 anjuran Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India (IVPA) yang dihadiri pemimpinpeminpin negara yang membuat dasar penting dan pemain industri minyak sayuran.
Johari Abd Ghani menegaskan Malaysia komited dengan keselamatan makanan dan menjadi sumber yang boleh dipercayai dapat membekal minyak sawit berkualiti tinggi kepada India. Malaysia mengeksport minyak sawit dan produk-produk berkaitan dengan sawit bernilai RM13.28 bilion atau 13% dari keseluruhan ekspot produk sawit Malaysia ke pasaran antarabangsa. Penggunaan tahunan minyak dan lemak India adalah 27.2 juta tan metrik dan minyak sawit hanya menyumbang sebanyak 36%. Ini bermaksud masih wujud ruang yang luas untuk mengembangkan pasaran di India. Dengan kempen yang baik dan kerjasama pemain industri minyak sayuran di India, pasaran dapat dimanfaatkan dengan lebih luas tanpa menjejaskan pengeluaran minyak sayuran tempatan.
India dijangka akan mengalami kenaikan dalam penggunaan minyak sawit dalam sektor makanan dan bukan makanan. Penggunaan minyak dan lemak per kapita India meningkat dari 15.8 kg kepada 19 kg. Dengan peningkatan taraf hidup dan ekonomi India yang terus meningkat, paras penggunaan per kapita akan turut meningkat. Penting untuk Malaysia mempunyai hubungan baik yang berterusan bagi menguasai pasaran terbesar ini.
Menteri Perladangan dan Komoditi juga menyentuh mengenai sekatan eksport makananan dari India. seperti bawang, cili kering dan beras. Jika India mengendurkan sekatan kepada Malaysia, ia sangatlah baik kerana perdagangan antara keduadua negara telah lama terjalin. Malaysia merupakan pembekal terbesar minyak sawit ke India mengalami cabaran apabila India menyekat eksport beberapa bahan makanan. Mengenai isu kesihatan yang dilobi mengenai minyak sawit, beliau menegaskan sebenarnya tiada pengganti langsung bagi minyak sawit di masa hadapan dan Malaysia akan terus membekal kepada India memandangkan populasi penduduknya yang semakin meningkat, keperluan terhadap minyak makanan juga pasti meningkat.
Dalam lawatan yang sama, Menteri Perladangan dan Komoditi menawarkan kepada India pertolongan bagi merealisasikan misi kelapa sawit dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan, bekalan benih dan kemahiran pengurusan. Dalam Misi Kebangsaan untuk Minyak Makanan, kerajaan India menyasarkan peningkatan pengeluaran minyak sawit sebanyak 23-30 lakh tan menjelang 2032-33. Pada musim 2022-23, India mengimport 97.6 lakh tan minyak sawit, 30 lakh adalah dari Malaysia.
Malaysia dan India merancang bekerjasama dalam bidang perladangan kelapa sawit dan sektor pertanian lain termasuk perlaksanaan teknologi digital di dalam ladang. Lawatan Menteri Komoditi ke India memfokuskan kepada meningkatkan kerjasama dua hala di bawah Misi Kebangsaan Mengenai Minyak Makanan: Kelapa Sawit. Perbincangan melibatkan isu-isu penembusan pasaran bagi produk pertanian, kerjasama institusi dalam bidang pertanian dan perlaksanaan teknologi digital dalam sektor perladangan.
China
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, telah mewakili Malaysia bagi pertemuan dengan rakan sejawat di China dan Kementerian Kastam Republik Rakyat China bagi membincangkan pengimportan hasil agro-komoditi termasuk minyak kelapa sawit. Tmbalan Menteri juga menerangkan kesungguhan Malaysia kepada pengeluaran minyak kelapa sawit secara mampan melalui Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (Malaysian Sustainable Palm Oil -MSPO ) dan menghubungkan rangkaian perniagan penting antara dua negara termasuk beberapa inisiatif komoditi pertanian yang lain.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi juga memberi ucaptama dalam Persidangan Meja Bulat Mengenai Rantaian Nilai Hijau antara Malaysia-China - mempromosi pembangunan rendah-karbon dan transisi pantas dalam kelapa sawit, menyemarakkan ekonomi hijau dan menyokong pembaikan semula. Mesej penting yang disampaikan ialah komitmen Malaysia kepada pengeluaran mampan melalui Pensijilan MSPO dan usaha untuk pengeluaran rendah-karbon, termasuk perlaksanaan program sebatian biodisel bagi mencapai B30 menjelang 2030.
Mesir
Menteri Perladangan dan Komoditi telah melawat Mesir dan Turki bagi membuat eksplorasi kemungkinan ada peluang pertumbuhan pasaran bagi minyak kelapa sawit di kawasan Afrika Utara. Dalam forum yang dianjurkan menteri menarik perhatian mengenai peningkatan permintaan dunia untuk minyak masak dan hasil keluaran lain dan komitmen Malaysia terhadap pengeluaran mampan hasil sawitnya. Mesir merupakan rakan dagang yang penting bagi Malaysia untuk menembusi pasaran Selatan Afrika dan negara Timur Tengah yang lain. Pertemuan dengan Menteri Perdagangan Mesir dan pemain industri minyak sawit di sana membuka peluang pasaran yang lebih besar
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.