May 08 2023
Walaupun kos pengeluaran makanan meningkat secara beransur-ansur, dan kos pengangkutan produk pertanian untuk eksport juga meningkat dengan ketara, Wong Yoon Bing, pengeluar jagung manis, telah menangani situasi yang berkaitan secara aktif dan tenang, supaya terus beroperasi seperti biasa, membekalkan jagung manis yang berkualiti tinggi ke pasaran tempatan bahkan eksport ke pasaran antarabangsa.
Walaupun kos pengeluaran makanan telah meningkat secara beransur-ansur, dan kos pengangkutan produk pertanian untuk eksport juga meningkat dengan ketara, ini menyebabkan Mascorn Sdn Bhd, pengeluar jagung manis utama di Malaysia, telah menghadapi cabaran yang amat besar.
Terus Menghasil Jagung Berkualiti Tinggi
Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran ini tidak menjejaskan operasi penanaman dan pengeluaran jagung manis Mascorn Sdn Bhd. Sebaliknya, ia memberi inspirasi kepada bosnya Wong Yoon Bing untuk menangani situasi itu dengan lebih aktif dan tenang, supaya terus beroperasi seperti biasa, membekalkan jagung manis yang berkualiti tinggi ke pasaran tempatan bahkan eksport ke pasaran antarabangsa.
Dengan tindakan ini, mencerminkan pencapaian cemerlang syarikat dalam bidang pengeluaran makanan dan pertanian, dan ia sememangnya patut mendapat perhatian daripada kerajaan dan pujian pengguna.
Sudah tentu, apa yang lebih teruja oleh pengguna ialah mereka diberkati untuk menikmati jagung manis organik yang berkualiti tinggi dari semasa ke semasa.
Bagi memenuhi keperluan pengguna di dalam dan luar negara, Mascorn telah lama mengguna varieti jagung manis yang dipupuk di Amerika Syarikat. Misalnya jagung manis Sugar Bright 288 yang dituai pada akhir Ogos, adalah varieti yang diperkenalkan dan dipasarkan oleh Syngenta Crop Protection Sdn Bhd. Ia adalah varieti yang sangat manis sehingga sampai tahap Brix 14-Brix 15. Pokok boleh dituai 65 hari selepas proses pemindahan. Antaranya, jagung gred A (tongkol jagung) menyumbang bahagian yang tinggi iaitu 60-70%, dan jagung gred B menyumbang 20-30%.
Ajak Rakan Sebaya Rasa
Pada hari penuaian, Wong Yoon Bing mengetuai rakan-rakan sebayanya melawat ladang jagung manis yang terletak di Fruit Valley, Selangor. Mereka menyaksikan keadaan penuaian jagung manis pada ketika itu.
Purata berat tongkol jagung yang dipetik adalah kira-kira 405-500 gram.
Wong Yoon Bing telah meminta rakan-rakan sebayanya supaya merasai jagung manis segera. Dengan ini, para hadirin dapat merasai jagung yang bukan sahaja manis, tetapi biji pun rangup!
Selaku bos besar Mascorn Sdn Bhd, Wong Yoon Bing menyatakan bahawa varieti Sugar Bright 288 ini sesuai ditanam di negara kita kerana cuaca yang baik. Dengan kelebihan ini, hasil jagung bukan sahaja sesuai untuk dimakan mentah, begitu juga sangat sesuai diproses, apatah lagi ia berisi penuh.
Chan Jian, wakil dari Syngenta yang turut menyaksikan tapak penuaian berkata, jagung manis Sugar Bright 288 telah diperkenalkan ke Johor.
Pasaran Eksport Mula Pulih
Sebagai pengeluar jagung manis utama di negara kita, Mascorn Sdn Bhd telah meningkatkan jumlah tempahan biji benih varieti jagung manis tersebut daripada Syngenta untuk meluaskan kawasan tanaman supaya dapat meningkatkan pengeluaran jagung manis ke pasaran luar negara.
Dengan pengalaman bertahun-tahun, Wong Yoon Bing mendapati bahawa keadaan iklim Malaysia adalah agak sesuai untuk mengembangkan penanaman jagung manis. Namun, masalah utama yang dihadapi oleh industri perladangan pada masa ini ialah kekurangan tanah pertanian, sehingga mereka tidak berdaya.
Bagaimanapun, dalam apa jua keadaan, Wong Yoon Bing berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kerjasama dengan petani di seluruh negara bagi membangunkan lebih banyak tanah pertanian dan meluaskan pengeluaran jagung manis.
Beliau menegaskan bahawa selepas kira-kira dua tahun ujian wabak pneumonia mahkota baru, pengeluaran jagung manis negara kita dan juga pasaran eksport telah beransur pulih.
Wong Yoon Bing juga berkata, pangkalan pengeluaran utama Mascorn Sdn Bhd ialah Ulu Slim, Perak, manakala tanah pertanian di Fruit Valley, Selangor agak kecil. Walau apa pun, beliau mengamalkan penanaman herba, iairu penanaman dan pengeluaran pun secara organik, sehingga memperoleh beberapa pensijilan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, termasuk myGAP, HALAL, myOrganic, Iso2000 (Diperakui oleh SGS), HACCP (Diperakui oleh SGS), dsb.
Dron Smbur Baja Cecair
Wong menegaskan bahawa syarikatnya akan bekerjasama secara aktif dengan petani di seluruh negara untuk mendapat kerjasama mereka sebagai petani kontrak di bawah Mascorn, supaya jagung manis yang dikeluarkan oleh mereka boleh dijual kepada syarikat dengan harga kontrak yang ditandatangani.
Pada peringkait ini, pasaran luar negara yang utama bagi Mascorn ialah Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Jerman, Turki, negara-naga Timur Tengah, Singapura dan Hong Kong.
Baru-baru ini, bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja, Mascorn telah mula menggunakan dron untuk menyembur baja cecair, atau sekali-sekala menggunakan sedikit racun perosak untuk menghalau serangga apabila perlu. Pada hari yang sama, Oaksbridge Solutions, yang menyediakan perkhidmatan penyemburan baja cecair dron, turut hadir untuk menunjukkan prosedur penyemburan baja cecair dron.
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.