November 20 2025

Pemasaran Guarana Daripada Model Cupana

Pemasaran Guarana Daripada Model Cupana - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Oleh: Bushral Karim Md Yusob

Foto: Cupana Group & Guarana Agriculture

Produk guarana boleh memberikan hasil lumayan kepada petani, tetapi persoalan mengenai pembeli dan jaminan pemasaran hasil ladang perlu ditangani. Syarikat Cupana sebagai organisasi swasta menawarkan penyelesaian dengan membekalkan benih, memberikan latihan penanaman, dan seterusnya mengumpul semula hasil ladang untuk tujuan pemprosesan, penyediaan benih baru, dan pemasaran ke peringkat antarabangsa.

Selepas empat tahun penanaman, peladang boleh mula mengumpulkan buah guarana yang telah masak. Buah yang masak akan berwarna merah dengan kulit penutup biji terbuka, menandakan kesesuaian untuk dituai. Penanam memulakan hasil kutipan buah dengan hanya memetik buah yang masak. 

Tugas ini juga boleh diberikan kepada penduduk tempatan sebagai sumber pendapatan tambahan. Buah yang dikutip kemudiannya dikumpulkan, dibungkus, dan akan diambil semula oleh Syarikat Cupana dengan harga yang telah dijanjikan. Melalui cara ini, peladang guarana tidak perlu memikirkan soal pemasaran buah.

Kaedah Memasarkan Biji Guarana

Hasil biji guarana yang dikumpulkan oleh syarikat akan diagihkan kepada dua bahagian iaitu untuk dijadikan benih baru dan diproses menjadi serbuk yang akan dikilangkan untuk pasaran eksport. 

Individu yang memulakan penanaman guarana  dalam sesuatu kawasan akan dilantik sebagai Pengurus Kawasan. Mereka berperanan sebagai pengurus di setiap kampung dengan membimbing petanidan mengawal bekalan. Pengurus Kawasan  memainkan peranan penting bagi pihak Cupana untuk memasarkan benih pokok, menjual produk, dan membeli semula hasil tanaman. 

Kaedah muafakat ini dilaksanakan bagi memastikan wujudnya usahasama semua pihak yang terlibat,  serta penanam dipantau dan diberikan peluang mudah untuk memasarkan semula hasil pertanian mereka. 

Peserta yang menyertai penanaman guarana akan berurusan melalui Pengurus Kawasan iaitu individu yang menjadi perintis di kampung berkenaan. Bimbingan dan panduan diberikan oleh Pengurus Kawasan dan hasil keluaran seterusnya juga akan diuruskan oleh Pengurus Kawasan. 

Setiap jualan peserta akan memberikan pulangan sepuluh peratus kepada Pengurus Kawasan. Justeru, sesiapa yang menjadi perintis bagi sesebuah kampung berpotensi memperoleh pendapatan  besar sebagai Pengurus Kawasan. 

Setiap peserta akan dibekalkan dengan aplikasi khas yang bertujuan membentuk jaringan perniagaan dan rakan seperjuangan dalam menjalankan aktiviti berkaitan penanaman dan pemasaran guarana. 

Dengan modal RM1500, peserta akan diberi 30 pokok guarana untuk ditanam di tanah sendiri. Hanya dengan modal yang kecil ini dan usaha berterusan peserta membesarkan serta menjaga pokok untuk tempoh dua tahun, dijangka setiap pokok boleh menghasilkan antara 40-100 kg setiap musim. 

Hasil guarana dapat dipasarkan terus kepada Syarikat Cupana, menjamin pasaran hasil kepada petani.

 

Hasil kutipan guarana daripada petani akan dijual kembali kepada pihak Cupana dengan harga RM60 sekilogram. 

Jika hasil mencapai 40 kg sepokok, pendapatan boleh mencecah RM72,000 setahun. 

Terdapat pelbagai produk yang telah dikeluarkan oleh Cupana Group termasuk Nusantara Guarana White Coffee, Nusantara Guarana Coconut Coffee, Nusantara Guarana Vital Boost Energy, Nusantara Guarana Vital Boost Relief Cream dan banyak lagi. 

Peserta boleh membeli produk ini dengan harga diskaun dan juga menjadi pengedar produk kepada orang ramai. Usaha menjual produk ini merupakan aktiviti sampingan yang boleh memberikan pendapatan tambahan.

Cara Memulakan

Berdasarkan pendedahan ringkas di atas, guarana merupakan satu komoditi pertanian baru yang berpotensi memenuhi permintaan masa hadapan. Cupana Group menjadi pemudah cara untuk mengembangkan usaha penanaman guarana secara lebih sistematik dan terkawal. 

Sesiapa yang mengambil peluang terlibat dengan usaha menanam guarana di peringkat awal ini berpotensi memperoleh pendapatan lumayan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang ini: 

Laman web: https://www.cupana.com.my/ 

Hubungi: En. Azmi Rahman 

Telefon: 010-7638681 

E-mel: azmi@cupana.com.my

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag