March 13 2023

Dari Durian Kampung kepada Klon Bukan Senang

Dari Durian Kampung kepada Klon Bukan Senang - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Musang King, Duri Hitam, Teka, Udang Merah, D24…… durian berjenama ini membawa keuntungan dan kebanggaan kepada negara kita, tetapi adakah sesuai bagi semua pekebun menebang pokok-pokok lama dan menanam durian-durian berjenama ini? Apakah keadaan sebenar dan masalah mereka?


Malaysia memang terkenal dengan durian berjenama,  di antaranya yang lebih popular ialah Musang King, Duri Hitam,  Teka, Udang Merah,  D24 dan lain-lain lagi.

Durian berjenama mendatangkan keuntungan yang lumayan bagi pekebun. Tetapi , bagaimanakah bagi mereka yang menanam durian kepelbagaian varieti? Adakah senang untuk mereka menebang pokok asal dan menanam durian yang berjenama ?

 “Memang benar kami akan lebih untung jika menanam durian berjenama, tetapi bukan senang untuk menebang pokok durian kepelbagaian varieti, kami mesti mengatasi banyak rintangan,” kata Sam Lim, seorang pekebun muda yang mempunyai kebun durian seluas 6 ekar di Sungai Muntoh, Negeri Sembilan.

Sam Lim turut berkata, orang luar sukar untuk memahami kesulitan pekebun durian. Walaupun industri ini mungkin kelihatan indah, tetapi sebenarnya tidak, terutamanya apabila berlaku kekurangan pekerja asing yang serius.

 “Dengan kekurangan tenaga buruh, pekebun kecil tidak boleh melakukan semua operasi harian di kebun dengan diri sendiri.”

“Lagipun, banyak kebun durian di Sungai Muntoh dahulunya merupakan ladang getah, pada mulanya kami menanam pelbagai jenis durian. Topografi kebun yang berpanjangan menyukarkan kami untuk menanam pokok durian berjenama.”

Sam berpendapat bahawa, konsortium yang melabur besar mungkin boleh memperoleh pulangan yang baik dengan mengamalkan pertanian ketepatan ataupun pertanian pintar, yang tidak begitu bergantung kepada tenaga buruh , pokok durian masih boleh mendapat penjagaan yang mencukupi.

Bagi menyelesai masalah harga durian rendah yang dihadapi oleh pekebun kecil, Sam menghantarkan  durian kepada rakannya Adee Wong untuk diproses menjadi sachima.

Adee Wong berkata, sachima durian buatan keluarganya menggunakan Musang King sebagai bahan mentah. Secara amnya, sachima dibuat dengan menambah telur dan tepung lalu membuat mee, kemudian digoreng. Pada masa yang sama, gula, madu, krim dan sebagainya ditambah untuk membuat sirap, campur dengan mee dan keringkan. 

Keluarga Adee juga akan menambah puri Musang King dalam proses, supaya sachima penuh dengan wangian Musang King, dan pada masa yang sama, rasa melekit seperti merasa durian, membolehkan orang ramai ingat lama.


Sam Lim (kanan) berkata, kepelbagaian varieti dan kekurangan tenaga buruh telah menjejaskan pertumbuhan tanaman tanpa penjagaan rapi. Di sebelahnya ialah Adee Wong.

 

Cabaran generasi muda kembali

Walaupun ramai anak muda 70an dan 80an telah pulang ke kampung halaman untuk mengambil alih kebun durian ibu bapa mereka, namun mereka tidak mempunyai kawalan ke atasnya, lagipun kaedah bercucuk tanam generasi terdahulu masih lagi menggunakan kaedah tradisional seperti sistem tanpa paip, dan pengairan yang tidak sempurna. Ini menyukarkan operasi pembajaan.

Oleh itu, semasa musim kemarau, ramai penanam tradisional tidak membaja sehingga pertumbuhan tanaman durian perlahan dan menjejaskan musim pengeluaran.

Secara keseluruhannya, cara penanaman durian tradisional mengamalkan penanaman semula jadi. Di bawah situasi pertanian jitu yang diamalkan masa kini, adalah mustahil untuk keluaran dan kualitinya lebih memuaskan. 

Sam berkata, jika generasi yang akan datang sanggup melaburkan kos untuk memperbaharui model penanaman, ia mungkin membawa perubahan kepada industri durian tempatan.

Kekurangan buruh menyebabkan dahan-dahan yang mati di kebun Sam Lim tidak dapat dikendalikan dengan baik.

 

Pengkomposan Memperbaiki Kualiti Tanah

Sam berkata, pengkomposan adalah sangat penting, kerana ia penuh dengan bahan organik yang dapat meningkatkan pemadatan tanah yang disebabkan oleh semburan baja kimia yang banyak.

Lagipun, pengerasan tanah akibat penggunaan baja kimia yang berlebihan akan tidak kondusif kepada sistem akar tanaman durian dalam penyerapan dan membazirkan baja.

Sam menegaskan bahawa kompos boleh memenuhi keperluan tanaman pada peringkat ini dan memudahkan pengeluaran seterusnya.

Kompos yang digunakan oleh Sam ditapai oleh bakteria berfaedah, seperti Bacillus subtilis, spora Lactobacillus, bakteria pendarfluor, yis, dan lain-lain lagi. Di samping itu, beliau mengesyorkan bahawa pengkomposan mestilah berasaskan sayuran, mengurangkan penggunaan sisa haiwan. Terdapat banyak bahan mentah yang bersifat tumbuhan tulen, secara amnya ialah pek penyimpanan vakum, puri buah, serbuk kopi, sisa kacang soya, hasil sampingan kelapa sawit dan sebagainya. 

Di bawah pembajaan Sam Lim, 70 atau 80 daripada 200 pokok durian berjaya menghasilkan buah.

 

Memangkas dahan air secara aktif

Sebelum berkebun, Sam berkerja sebagai jual beli kereta terpakai, beliau menjejak kaki dalam penanaman durian tanpa latihan tetapi personaliti yang rajin, kelas aktif dan pembelajaran atas talian, sehingga mendapat pencapaian setakat ini.

Sebenarnya, kebun Sam sebelum ini diuruskan oleh kontraktor, tetapi kontraktor hanya menumpukan kepada pengeluaran dan tidak mengendali kerja harian antara kebun menyebabkan banyak pokok terlalu banyak pucuk air dan bersaing untuk mendapat nutrien dengan buah.

Dengan ini, walaupun kekurangan pekerja, tetapi Sam masih menjalankan kerja-kerja mencantas dahan air. Pada masa yang sama, beliau juga menebang dahan yang tidak tumbuh dengan baik, supaya tidak patah apabila angin kencang, dan kurangkan kebimbangan patah dahan berbuah di bahagian bawah.

Walaupun beberapa pokok yang berdahan lemah sudah berbuah, tetapi ia akan dimusnahkan oleh angin kencang dan memutuskan dahan yang berbuah di bahagian bawah.

 

 

Durian Berjenama Pulangan Sedikit

Di kebun durian Sam Lim, terdapat lebih daripada 200 pokok durian yang pelbagai jenis.

Kebanyakan daripada 200 buah durian di kebun Sam pada asalnya berbunga pada bulan Mac, tetapi semasa tempoh berbunga, kebetulan hujan turun, dan banyak pokok bunga telah dirobohkan, sehingga tidak ramai yang berjaya berbuah.

Beliau menganggarkan pengeluaran pada pertengahan 2022 akan lebih 50 peratus kurang berbanding tempoh sebelumnya. Walau bagaimanapun, di bawah pembajaan yang betul, 70 atau 80 tumbuhan masih berjaya menghasilkan buah.

Sukar bagi pekebun kecil untuk memperoleh pulangan yang baik daripada penanaman durian, bukan sahaja kerana kepelbagaian varieti, tetapi juga disebabkan oleh kekurangan tenaga buruh baru-baru ini, dan pekebun kecil tidak boleh melakukan semua kerja harian di kebun sahaja, yang menjejaskan pertumbuhan dan hasil tumbuhan..."

If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag