April 06 2026

Bekas Ahli Parlimen Sibuk 'Berpolitik' Di Ladang

Bekas Ahli Parlimen Sibuk 'Berpolitik' Di Ladang - Agrimag

Share this

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Oleh: Nik Sukry

Selepas mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya umum yang lalu, Ahmad Nazlan kembali menumpukan kepada minat lama - dunia pertanian dan penternakan. 

“Kalau dahulu saya berdepan dengan pelbagai karenah orang ramai, kini saya berhadapan pula dengan kerenah lembu, kambing dan tanaman,” katanya berseloroh, ketika ditemui di ladang yang diusahakan di Kampung Sungai Jan, dekat Jerantut, Pahang. Baginya, cabaran itu tidak berkurang,cuma bentuknya berbeza, namun di situ menyediakankepuasan yang sukar diucap dengan kata kata. 


Tanaman tebu antara yang sudah mengeluarkan hasil di kebun milik Datuk Ahmad Nazlan Idris.

 


Air tebu menjadi pilihan dan mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan sekitar daerah Jerantut.

 


Bukan Untuk Duit, Tapi Jiwa

Penglibatannya dalam bidang ini bukan untuk mengejar keuntungan besar, sebaliknya lebih kepada memenuhi jiwa dan minat yang sudah lama tertangguh. 

"Bidang pertanian, penternakan bukan benda asing kepada saya, sebelum jadi ahli politik pun, memang saya berkebun dan ada memelihara haiwan ternakan. 

"Sekarang lebih seronok sebab saya boleh tumpu masa sepenuhnya di sini... tak perlu terkejar-kejar seperti dulu," jelasnya. 

Selain pelbagai tanaman, Datuk Ahmad Nazlan Idris juga memelihara lebih 20 ekor kambing dan biri-biri serta 15 ekor rusa yang jinak.

 

Tanaman Vanila dan Pisang Pelbagai Jenis

Kini, hampir setiap hari Ahmad Nazlan menghabiskan masa di ladang miliknya, memberi   makan kepada kira-kira 100 ekor lembu yang dilepaskan bebas di kebun sawit selain menguruskan sekitar 20 ekor kambing dan biri-biri. 

Tidak ketinggalan, ladang itu juga menempatkan 15 ekor rusa jinak yang turut dipeliharanya. Selain penternakan, beliau juga mengusahakan tanaman vanila dan pisang berangan dan pisang tanduk. 

"Walaupun tidak luas tetapi bolehlah dinikmati oleh keluarga dan kenalan. 

"Malah ayam dan angsa turut dipelihara dalam kawasan ladang ini. Begitu juga sayuran seperti cili, terung, serai, kunyit, kantan dan tebu," katanya lagi. 

Ahmad Nazlan memaklumkan, peluang melihat tanaman membesar dan ternakan hidup bebas dan sihat, memberi satu kepuasan yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Di ladang itu juga, beliau belajar erti sabar dalam bentuk yang berbeza. 

"Tiada lagi jadual padat mesyuarat atau tekanan politik, sebaliknya rutin harian yang lebih sederhana tetapi sarat makna," tambahnya. 

Peralihan hidup daripada pentas politik ke ladang hijau ini membuktikan kehidupan selepas politik bukan noktah, sebaliknya permulaan kepada perjalanan baharu yang lebih tenang dan jujur.


Datuk Ahmad Nazlan Idris juga memelihara lebih 100 ekor lembu yang dibiarkan bebas dalam kebun sawit miliknya.

 


If you can't see the comments after a few seconds, try reloading the page.

Not subscribed to our magazine yet?
You can now subscribe to our magazines directly

Shortcut - Agrimag