March 01 2023
Kemajuan zaman yang saat ini semakin pesat, maka kepentingan pengeluaran makanan dan pertanian semakin diambil berat. Pada masa yang sama, wanita kini lebih giat mencari pembangunan dalam bidang pertanian, malah kadangkala memainkan peranan utama.
Di samping itu, petani wanita yang bersikap berani juga melibatkan diri dalam pembangunan pemprosesan hiliran.
Pada zaman dahulu, jika kaum wanita bercucuk tanam, secara amnya ia adalah untuk membantu suami bekerja di ladang atau kebun.
Namun, dengan kemajuan zaman dan kepentingan pengeluaran makanan dan pertanian semakin diambil berat, kaum wanita kini giat mencari pembangunan dalam bidang ini, malah adakalanya memainkan peranan utama.
Cari Pembangunan dengan Pragmatik
Sebenarnya, petani wanita yang arif telah pun menyedari potensi peluang perniagaan yang relevan, jadi mereka melibatkan diri dalam pembangunan atau pelaburan bidang yang berkenaan.
Dalam proses ini, biasanya mereka bersikap pragmatik, maka ramai wanita mendapat pencapaian yang cemerlang. Mereka bukan sahaja mendapat pencapaian yang baik di dusun yang diuruskan, malah telah meluaskan kawasan tanaman, ada juga telah melabur dalam pembangunan pemprosesan hiliran.
Akibatnya, petani wanita tersebut direkrut oleh syarikat multinasional untuk menjadi pengurus ladang syarikat, yang bertugas untuk menguruskan segala hal ehwal pengeluaran dan penjualan buah-buahan, lalu mencari transformasi dan pembangunan untuk ladang itu.
Selain itu, terdapat juga wanita yang membantu ayahnya bercucuk tanam sejak kecil lagi. Selepas tamat universiti, mereka berhasrat untuk mewarisi perniagaan pengeluaran dan penjualan buah-buahan yang diusahakan oleh ayah secara beransur-ansur.
Begitu juga terdapat gadis-gadis yang lulus dari program jurusan pertanian di universiti luar negara dan pulang ke tanah air untuk menceburi bidang pertanian.
Mereka sering bersikap positif dan mempunyai idea untuk mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari, serta mempunyai ketabahan apabila sanggup bersawah di bawah terik matahari.
Dengan menguasai kaedah kawalan serangga perosak yang lebih berkesan, mereka juga membantu meningkatkan pengeluaran padi.
Apatah lagi, gadis-gadis berkenaan sanggup berkongsi pengalaman yang diperoleh daripada latihan dengan rakan sekerja mereka.
Manfaatkan Petani Negara
Malah, dengan sumbangan petani wanita tersebut bukan sahaja meningkatkan pengeluaran buah negara, tetapi juga membantu negara kita memperoleh lebih banyak pertukaran asing.
Selain terlibat dalam bidang penanaman, terdapat lebih ramai wanita yang bekerja di syarikat racun perosak domestik yang terkenal, dengan menjual pelbagai produk syarikat ke negara jiran, ini telah telah menggalakkan pembangunan komersial di kalangan negara-negara di rantau ASEAN.
Apatah lagi, apabila mereka berkhidmat di luar negara, mereka berpeluang melawat ladang di pelbagai negara dan berkenalan dengan pihak yang berkenaan bagi menyampaikan maklumat yang relevan kepada petani domestik dan memberi manfaat kepada petani negara!
Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.