November 20 2024

Perkara Wajib Selepas Habis Musim Durian

Perkara Wajib Selepas Habis Musim Durian - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Disediakan oleh: Ali Hanafiah (FACULTY OF DURIAN)


Habis sahaja musim buah durian, ia bukanlah waktu untuk bercuti kerana ia adalah waktu getir pokok menerima rawatan. Penyingkiran nutrien yang banyak oleh pokok ketika buah gugur mampu mencederakan pokok ataupun pokok berada dalam fasa yang lemah. 

Tindakan Wajib

1) Pembersihan Pokok

Kerja membersihkan pokok merangkumi pemangkasan dahan yang rosak, mengumpulkan peralatan ladang   seperti tali, pengikat buah/jaring buah serta   mengumpulkan sisa buah yang rosak. Ini bertujuan   untuk memudahkan lagi operasi kerja dan menjaga   sanitasi ladang. Kerja pemotongan rumput juga   dijalankan mengikut keadaan semasa pokok. Kerja mengikis kulit kering, alga dan epifit seperti duit-duit adalah rutin selepas habis musim dengan kawalan   secara manula menggunakan alat pengikis dan juga semburan amino complex A-Taigo sebagai pencegahan. 


Buah yang rosak dan tidak gugur perlu dikait agar tidak menjadi perumah penyakit serta perosak.

 


2) Penyiraman dan Konsistensi Saliran 

Penyiraman dijalankan dengan kadar keperluan air yang secukupnya bergantung pada saiz serta umur pokok. Ia adalah untuk memenuhi keperluan pokok pada peringkat vegetatif iaitu pengeluaran pucuk baru serta sintesis pokok. Aspek saliran juga perlu dipastikan lancar dan terurus bagi mengelak ketepuan air berlaku yang akan merisikokan   kecederaan pada akar. 

3) Pengapuran

Aplikasi pengapuran cecair Nanocalcium adalah   disyorkan kerana proses penyerapan dan proses pengambilan oleh pokok sangat efektif. Kehalusan saiz partikel yang halus dapat meningkatkan   kecekapan pengambilan nutrien seperti Kalsium   dan Magnesium oleh pokok. Selain itu, ia juga   bertujuan untuk meningkatkan nilai pH tanah. Kapur cecair Nanocalcium dibancuh dengan air pada kadar   10-20 liter untuk 1000 liter air dan disembur pada keseluruhan zon akar pokok. 


Kerja membancuh kapur cecair Nanocalcium untuk kerja pengapuran.

 


4) Aplikasi Pembajaan Kompos Organik 

Kompos organik (FOM 361) ditabur pada hujung kanopi pokok bagi membaiki struktur tanah untuk merangsang pertumbuhan akar baru. Kadar yang diperlukan adalah pergantung kepada saiz pokok iaitu 25 - 50 kg/pokok. Kaedah menabur kompos secara tompok di hujung kanopi disyorkan bagi mengelakkan kompos hilang mengikut larian air dan juga program ini dilaksanakan dalam tempoh 14 ke 21 hari selepas kerja pengapuran. 


Aplikasi Kompos Organik secara sistem longgok di hujung kanopi.

 


5) Bancian Pokok dan Rawatan Kanker

Setiap pokok dibanci bagi menilai tahap seragam kanker (Phythopthora plamivora) dan bagi pokok yang diserang (kritikal) perlu ditanda. Pokok itu   perlu dirawat secara khusus dan ia tidak disyorkan untuk berbunga serta berbuah pada musim   hadapan bagi mengelakkan pokok mati. Rawatan   menggunakan campuran Phosporus acid (P40O), metalaxyl (Fetto) serta ‘amino fuyee’ disembur pada setiap zon akar keseluruhan pokok sebagai pencegahan. Ia dijalankan setiap dua minggu   untuk dua pusingan. Bagi patah kanker di batang yang perlu dikikis nipis dan dikelar menegak   untuk disapu dengan larutan Phosphorus acid (P400) 100% pekat. 


Semburan P400, Metalaxyl dan juga Amino fuyee pada pangkal dan zoo kanopi setiap pokok sebagai kawalan/pencegahan kanker.

 

Keadaan pokok yang diserang Phythopthora dan perlu rawatan segara.

 

6) Pembajaan Vegetatif 

Untuk memberi tumpuan kepada pembentukan vegetatif baru serta keperluan sintesis pokok apa aplikasi pembajaan vegetatif perlu dijalankan. Ia bertujuan merangsang pengeluaran akar, pucuk dan tumbesaran pokok yang baru. Pengesyoran menggunakan baja (CRF) ‘Control Release Fertilizer’ seperti Super Green 16:16:16 dengan kadar 3-5 kg/ pokok. Teknologi pembajan ini mampu mengelak kelecuran akar kerana tahap keterlarutannya adalah perlahan dan membantu pokok untuk mencegah kecederaan. 


Kerja menabur baja CRF dengan tabur selerak pada zon pengakaran pokok.

 


7) Kawalan penyakit dan perosak

Semburan racun serangga seperti Madell (Carbosulfan), Azatin (Buprofezin) dan juga racun kulat (ARIMO) Difenoconazole perlu dijalankan 2 miggu sekali mengikut panduan label. Ini adalah bertujuan mengawal serta mencegah kerosakan disebabkan serangan serangga/kulat terutama peringkat pengeluaran pucuk baru atau vegetatif pengeluaran daun pucuk baru. Daun yang sihat merupakan penentu hala tuju pengeluaran musim buah akan datang. Jika keroasakan berlaku, trend pengeluaran bunga akan terganggu serta terjejas. 


Keadaan pokok yang rosak melidi perlu rawatan segera bagi menjamin daun yang sihat untuk keperluan sintesis pokok.

 


Diharap artikel kali ini mampu menjadi panduan asas untuk pengurusan pokok selepas musim buah. Kesihatan pokok adalah penentu halatuju   pengeluaran hasil untuk musim mendatang.   Elakkan pokok rosak tercedera sebagai persediaan pokok bagi menjalankan sistensis tanpa gangguan. 


Pokok yang sihat bersedia untuk pengeluaran bunga dan buah yang berkualiti.

 


Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag