March 06 2023

Penanaman Buah Naga di Dataran Tinggi Bukan Mimpi

Penanaman Buah Naga di Dataran Tinggi Bukan Mimpi - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Buah Naga yang biasa tanam di tanah rata, apa akan berlaku jika tanam di dataran tinggi dengan ketinggian 900m atas paras laut?


En. Chin Hon Shu dari Keningau, Sabah, merupakan seorang usahawan yang inovatif, beliau menanam buah naga di dataran tinggi untuk pasaran tempatan dan ekspot.

Seperti kebanyakan petani-petani di Sabah, secara bertahun-tahun En. Chin telah mengusahakan tanaman kelapa sawit. Pada tahun 2019, beliau mula bergiat untuk mempelajari dan memahami penanaman buah naga.


Menurut kepada En. Chin, kebanyakan penanaman buah naga yang berjaya telah diusahakan di tanah rata. Akan tetapi, beliau yakin, bahawa cuaca panas dan tanah berpasir Keningau juga bersesuaian untuk penumbuhan buah naga.

Dengan prinsip “Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan”, En. Chin telah bermula menanam buah naga dan menambah baik kaedah penanamannya. Seterusnya beliau telah memperkenalkan pelbagai jenis buah naga dan antaranya adalah buah naga merah, buah naga dua warna, dan buah naga kuning dengan rasa laici yang unik.

Mengutamakan Kualiti

Memandangkan En. Chin lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti, beliau telah mencuba pelbagai jenama baja. Akhirnya, beliau telah menerima cadangan teknikal syarikat baja dan seterusnya melaksanakan pengurusan baja yang saintifik dengan penggunaan baja yang berdasarkan SOP (Sulphate & Potash).

Beliau mendapati bahawa penggunaan baja berasaskan SOP dapat mengekalkan pembungaan dan memendekkan tempoh masak buah, ini amat penting untuk kualiti dan hasil buah naga.

Beliau juga mendapati bahawa baja pelepasan perlahan khususnya dapat meningkatkan kualiti dan hasil tanaman dengan ketara. Salah satu jenis baja sedemikian adalah baja sebatian yang mengandungi Urea Formaldehide.


Mr Lim (dari kiri ke kanan), David Chong dan Chin Hon Shu berkata, penggunaan baja yang sesuai amat penting.

 


Baja berteknologi baharu ini boleh mengawal pelepasan nutrien secara perlahan dan membekalkan nutrien secara berterusan untuk jangka masa yang panjang bagi mengekalkan penggunaan nutrien oleh tumbuhan dan mengurangkan risiko kesan kebakaran kimia pada akar-akar.

Akhir sekali, En. Chin berharap kualiti buah naga di Sabah dapat dipertingkatkan melalui pengurusan baja, serta kawalan serangga dan penyakit yang berkesan, lalu menjadikan ia satu platform industri tanaman buah yang semakin popular.

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag