November 26 2025

Pembajaan Buah Naga untuk Hasil Lebih Berkualiti

Pembajaan Buah Naga untuk Hasil Lebih Berkualiti - Agrimag

Kongsi ini

Facebook WhatsApp图标 Telegram图标

Pembajaan menggunakan kaedah ‘sedikit demi sedikit, kerap kali’ merupakan strategi yang sangat efisien dalam pertanian moden, yang berkesan memenuhi keperluan nutrien tanaman pada peringkat pertumbuhan yang berbeza, mengoptimumkan kadar penggunaan nutrien, dan sekali gus mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sebenarnya, buah naga mempunyai keperluan terhadap tanah yang agak longgar, tetapi keadaan tanah yang baik adalah asas bagi hasil tinggi. Sebelum penanaman, tanah hendaklah dibajak secara dalam dan dibubuh baja organik untuk pengubahsuaian. 

Biasanya, baja yang kaya dengan bahan organik seperti tahi ayam reput atau kompos bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan bahan organik tanah, malah dapat memperbaiki keliangan dan kebolehan penahanan air tanah, sekaligus mewujudkan persekitaran yang ideal untuk pertumbuhan sistem akar buah naga. 

Di kawasan yang mempunyai tanah berasid, kapur boleh ditambah dengan kadar yang sesuai untuk meneutralkan keasidan tanah. Dicadangkan untuk menggunakan 200-300 kg kapur bagi setiap ekar, dan menggaulkan ke dalam tanah 2-3 minggu sebelum penanaman bagi meningkatkan nilai pH tanah. 

Selain itu, kaedah tanaman penutup bumi atau sungkupan jerami juga boleh digunakan sepanjang proses penanaman untuk meningkatkan lagi kesuburan tanah. 

Penggunaan Baja Asas

Penggunaan baja asas amat penting untuk perkembangan sistem akar dan pertumbuhan awal buah naga. 

Sebelum menanam, baja organik yang telah reput boleh dimasukkan ke dalam lubang penanaman, dengan kuantiti 3-5 kilogram bagi setiap pokok, disertai dengan baja fosforus dan kalium yang secukupnya. Jumlah baja fosforus  boleh dikawal pada 50-80 gram sepokok, manakala baja kalium pula 20-30 gram sepokok, bagi memastikan akar dapat menyerap nutrien dengan cepat dan berkembang dengan baik. 

Semasa membaja, baja perlu dicampurkan dengan tanah secara sempurna untuk mengelakkan pembakaran akar yang berpunca daripada kepekatan baja yang tertumpu. 


Buah naga mempunyai keperluan tanah yang agak longgar, namun keadaan tanah yang baik adalah asas untuk hasil tinggi.

 


Dalam proses pembajaan asas ini, baja unsur surih seperti boraks dan baja zink boleh ditambah secara sederhana bagi memenuhi keperluan buah naga terhadap unsur surih serta mengelakkan pertumbuhan terbantut akibat kekurangan unsur surih tersebut.

Pembajaan Tambahan Semasa Fasa Pertumbuhan

Pembajaan tambahan bagi buah naga semasa fasa pertumbuhan perlu diselaraskan berdasarkan peringkat pertumbuhan pokok. Pertumbuhan awal pokok tertumpu kepada perkembangan dahan, di mana peringkat ini memerlukan bekalan baja nitrogen yang mencukupi untuk menggalakkan pertumbuhan pesat. 

Biasanya dicadangkan untuk membaja dengan baja nitrogen sekali sebulan, setiap pokok diberikan 20 hingga 30 gram baja unsur nitrogen setiap kali, disertai dengan sedikit baja kalium untuk meningkatkan keliatan dahan. 

Apabila memasuki fasa berbunga dan berbuah, keperluan nutrien buah naga beralih secara beransur-ansur kepada baja fosforus dan kalium. Pada masa ini, kuantiti baja nitrogen perlu dikurangkan secara sesuai bagi mengelakkan pertumbuhan dahan yang berlebihan yang boleh menjejaskan perkembangan buah.

Semasa fasa pembesaran buah, baja kalium tinggi boleh digunakan sekali setiap 15 hari, setiap pokok diberikan 50-80 gram kalium sulfat setiap kali,  bersama-sama dengan pengairan untuk meningkatkan kecekapan penyerapan baja.

Baja fosforus boleh ditambah melalui penggunaan kalsium fosfat atau diamonium fosfat, dengan kuantiti 30-50 gram sepokok.

Tingkatkan Kualiti Buah

Selain 3 unsur nutrien utama iaitu nitrogen, fosforus, dan kalium, buah naga juga memerlukan unsur surih seperti kalsium, magnesium, boron, dan besi untuk mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan yang normal. 


Sebelum menanam, baja organik yang sudah reput boleh diletakkan dalam lubang penanaman, dengan setiap pokok menggunakan 3-5 kg, disertai dengan baja fosforus dan kalium yang sesuai untuk menggalakkan pertumbuhan akar dan pertumbuhan awal pokok.

 


Kalsium dapat meningkatkan kekerasan kulit buah dan ketahanan simpanan buah. Dicadangkan untuk menambahnya melalui penyemburan foliar dengan larutan kalsium klorida 0.2 hingga 0.3%. 

Magnesium adalah unsur teras untuk fotosintesis. Kekurangan magnesium akan mengakibatkan penguningan daun. Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan magnesium sulfat atau penyemburan foliar larutan magnesium sulfat 0.5%. 

Penambahan boron pula dapat meningkatkan kemanisan dan keseragaman buah dengan berkesan. Penyemburan larutan boraks 0.1% boleh dilakukan pada peringkat pembungaan. 

Unsur besi adalah penting untuk mencegah klorosis pada daun. Penambahannya boleh dilakukan melalui penyemburan larutan besi  chelated 0.1 hingga 0.2% untuk memastikan daun kekal hijau dan sihat.

Pengurusan Penyatuan Air dan Baja

Dalam penanaman moden, banyak ladang buah naga di luar negara telah mengamalkan teknologi penyatuan air dan baja, di mana baja dicampurkan dengan air pengairan dan dihantar secara sekata ke sistem akar pokok melalui sistem pengairan titis atau penyembur halus. 

Kaedah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan penggunaan baja dengan ketara, malah membolehkan pengawalan yang tepat terhadap kepekatan dan kekerapan pembajaan berdasarkan keperluan buah naga pada peringkat pertumbuhan yang berbeza. 

Sebagai contoh, pada peringkat pembungaan, larutan baja tinggi fosforus dan kalium yang dicairkan 1,000 kali ganda boleh digunakan sekali seminggu melalui sistem pengairan titis, manakala pada peringkat  pembesaran buah, ia ditukar kepada larutan baja tinggi kalium bagi memastikan bekalan nutrien yang stabil untuk pokok.


Dalam penanaman buah naga, gabungan yang sesuai antara baja organik dan baja kimia boleh meningkatkan lagi hasil dan kualiti buah.

 


Tip Pembajaan Efektif

Walau bagaimanapun, semasa pembajaan, kuantiti baja nitrogen perlu dikawal. Baja nitrogen yang berlebihan akan menyebabkan pucuk tumbuh melata dan kandungan gula dalam buah berkurangan. Selain itu, pada ketika kelembapan tanah tinggi atau semasa musim hujan, kekerapan pembajaan harus dikurangkan untuk mengelakkan pembaziran baja akibat larut resap. 

Di samping itu, selepas setiap kali pembajaan, disarankan untuk melakukan penggemburan tanah cetek atau pengairan bagi membolehkan  baja meresap dengan lebih pantas ke lapisan penyerapan akar, sekaligus mengelakkan baja di permukaan tanah daripada menyejat atau hilang. 

Dalam penanaman buah naga, gabungan baja organik dan baja kimia yang wajar dapat meningkatkan lagi hasil serta kualiti buah. Perlu diketahui bahawa baja organik seperti kompos dan tahi haiwan ternakan dapat membekalkan nutrien jangka panjang, dan pada masa yang sama membaiki struktur tanah. Manakala baja kimia dapat memenuhi keperluan jangka pendek pokok terhadap nutrien kritikal tertentu dengan pantas. 

Dalam amalan sebenar di luar negara, baja organik biasanya digunakan sebagai baja asas pada peringkat pembajaan asas, manakala baja kimia lebih diutamakan pada peringkat pembajaan tambahan dalam fasa pertumbuhan. Ini disertakan dengan penggunaan baja mikronutrien dan baja foliar bagi memastikan buah naga menerima nutrien yang lengkap dan seimbang. 

Walau bagaimana pun, mulai daripada pembajaan tambahan dalam fasa pertumbuhan sehingga kepada penambahan mikronutrien, setiap peringkat memberi kesan langsung kepada hasil dan kualiti buah naga. Para penanam harus memberi perhatian yang teliti terhadap semua aspek ini.

Sekiranya anda tidak dapat melihat komen setelah beberapa saat, cuba muatkan semula halaman.

Belum melanggan majalah kami?
Kini anda boleh melanggan majalah kami secara langsung

Shortcut - Agrimag